Image Banner

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA KE-61

Bersempena dengan Hari Malaysia, marilah kita sama-sama mensyukuri nikmat perpaduan dan keamanan yang dikecapi hari ini. Hari bersejarah ini mengingatkan kita tentang pentingnya ukhuwah, toleransi, dan kasih sayang sesama rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

Sebagai umat Islam, kita diajar untuk mencintai tanah air, menjaga keharmonian, dan menjadi insan yang membawa manfaat kepada masyarakat.

🌺 Semoga Allah SWT terus melimpahkan rahmat dan keberkatan ke atas bumi Malaysia yang kita cintai ini.

Selamat Menyambut Hari Malaysia ke-61 🇲🇾

LAGI

PELETAKAN BATU PERTAMA SEBAGAI ASAS

Alhamdulillah momen Peletakan Batu pertama sebagai Asas berdirinya Madrasah tahfizul Qur'anul Karim Baitul Irfan Penang Malaysia pimpinan Syaikh Najiburahman Al Irfani bersama Habib Alwi Alaydrus dari Yaman beserta para Asatizdah Madrasah Mohammed Nawaz Al-Jamali

Semoga Allah mudahkan pembangunan nya ,Allah kirim para Muhsinin dan Dermawan guna memperlancar pembangunan madrasah

LAGI

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1447H

Bersempena dengan Maulidur Rasul ﷺ, marilah kita memperbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, kekasih Allah yang menjadi rahmat untuk sekalian alam.

Baginda adalah qudwah hasanah (teladan terbaik) yang membawa cahaya iman dan akhlak mulia kepada kita semua. Semoga kita dapat mencontohi akhlak Rasulullah ﷺ dalam kehidupan seharian — penuh kasih sayang, sabar, dan membawa manfaat kepada ummah.

🌺 Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1447H

LAGI

HARI KEBANGSAAN MALAYSIA

Assalamualaikum wbt,

Sempena Hari Kebangsaan Malaysia, marilah kita sama-sama menghayati erti sebenar kemerdekaan yang telah diperjuangkan dengan darah dan keringat para pejuang terdahulu.

Sebagai umat Islam, kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi juga bebas daripada belenggu kelemahan diri, serta berusaha menjadi hamba Allah yang taat dan rakyat yang berakhlak mulia.

🌺 Semoga Allah SWT terus memberkati tanah air kita, menjaga keamanan, dan mengekalkan perpaduan antara kita semua.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-68 🇲🇾
Dari kami warga Surau Baitul Irfan

LAGI

MAJLIS BACAAN YASSIN/TAHLIL/DOA SELAMAT SERTA SOLAT HAJAT BUAT PARA PENYUMBANG

 
Alhamdulillah sumbangan infaq pada hari ini disalurkan kpd para pelajar/hemaah di:
✅Madrasah Tahfizul Quranul Karim Baitul Irfan
 
Bersempena dengan Majlis Bacaan Yassin/Tahlil/Doa Selamat serta Solat Hajat buat para penyumbang 🤲🏻🤲🏻🤲🏻
Jazakumullahu lhairan jaza diucapkan kpd semua yg terlibat
Sekalung tahniah buat Pengerusi Surau Batu Gantung atas kejayaan anakanda yg berjaya melanjutkan pelajaran. Siru Ala Barokatillah 🤲🏻🤲🏻🤲🏻

 

 

LAGI

Image News
Image News
Image Banner